Masjid Tuanku Muhriz ini terletak di bandar Bandar Seri Jempol, dan di jalan utama menuju ke Bandar Seri Jempol. Masjid Tuanku Muhriz ini telah dibina pada tahun 2003 yang diasaskan oleh YB Dato' Lilah Bin Yasin dan penduduk setempat. Masjid ini mula diperbaiki dan dinaiktaraf pada tahun 2009M.
Masjid ini dibina dengan reka bentuk Masjid Cordova di Sepanyol.
Terdapat satu menara dan satu kubah besar, serta dua kubah kecil. Bangunan ini dibina sepenuhnya menggunakan simen.
Masjid Tuanku Muhriz ini telah dibina pada tahun 2003 yang diasaskan oleh YB Dato' Lilah Bin Yasin dan penduduk setempat.
Masjid ini kemudiannya diperbaiki dan dinaiktaraf pada tahun 2009 dengan usaha orang ramai.
Pada tahun 2011, DYMM Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan telah berkenan mencemar duli untuk merasmikan masjid ini. Baginda berkenan untuk menamakan masjid ini bersempena dengan nama baginda iaitu Tuanku Muhriz.
Jumlah anak kariah mukim Jempol yang berdaftar dengan Masjid Tuanku Muhriz.
Masjid ini mampu menampung sehingga 3000 jemaah pada satu-satu masa.
Masjid ini di atas tanah seluas 2.087 hEKTAR. Ia turut mentadbir dan mengurus empat buah surau dalam kariah yang sama.
Lambang institusi Islam yang teguh di bumi bertuahBandar Seri Jempol, Negeri Sembilan