Kemaskini: 8 Januari 2021, 12.00 tengah hari
Terdapat 88 kes baru positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 sebanyak 8,512 kes.
Dari jumlah kumulatif tersebut, 7,741 kes telah sembuh dan discaj, 754 kes yang masih menerima rawatan di wad dan 17 kes telah meninggal dunia.
Sehingga kini, terdapat 28 kluster yang masih belum diistiharkan tamat di Negeri Sembilan. Walaubagaimanapun pada hari ini, hanya terdapat penambahan kes positif COVID-19 pada kluster-kluster berikut:
KLUSTER CERAMPenambahan 20 kes baharu, menjadikan jumlah kesuluruhan 890 kes.
KLUSTER PENJARA JALAN HARAPANPenambahan lapan (8) kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 617 kes.
KLUSTER TASIK UTAMAPenambahan enam (6) kes baharu, menjadikan jumlah kesuluruhan 59 kes.
KLUSTER JALAN RASAHPenambahan satu (1) kes baharu, menjadikan jumlah kesuluruhan 41 kes.
Definisi kes di dalam laporan ini diklasifikasikan seperti berikut:a) Kes Tempatanb) Kes Import A (Luar Negara)c) Kes Import B (Merentasi Negeri – mendapat jangkitan di negeri lain).d) Kes Import C (Merentasi Daerah – mendapat jangkitan di daerah lain).
Terdapat 996 kes aktif mengikut definisi Program Pengurangan Risiko Daerah (jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir).
Orang ramai adalah dinashihatkan agar sentiasa mengamalkan prosedur penjarakan sosial dan memakai pelitup muka sentiasa ketika berada di luar rumah.
Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan
Laman web Masjid Tuanku Muhsin kini berwajah baharu dan cantik. Pembangunan laman web ini diusahakan oleh pihak jawatankuasa masjid. Orang ramai dialu-alukan untuk menggunakan laman web ini sepenuhnya. Terdapat banyak fungsi dan maklumat yang dikongsikan di laman web ini. Ia juga akan menjadi wadah baharu penyebaran maklumat untuk para pengunjung kelak.