8 masjid di Negeri Sembilan dibenar laksana solat Jumaat

SEREMBAN, 4 Jun – Orang awam di Negeri Sembilan dibenar untuk menunaikan Solat Jumaat bermula Jumaat ini.

Menurut Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun, ia merupakan langkah percubaan bagi melihat kepatuhan orang awam terhadap SOP yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Kebenaran tersebut akan diteruskan sekiranya tahap pematuhan orang awam memuaskan.

Lapan buah masjid terpilih iaitu Masjid Negeri, Masjid Taqwa Kg Paroi, Masjid Karish Paroi Jaya, Masjid Jamek Gemas, Tampin, Masjid Tuanku Muhriz Jempol, Masjid Kariah Bunga Tanjung, Kuala Klawang, Masjid Dato Klana Petra Lela Mohd Yusof Sikamat dan Masjid Jamek Dato Haji Abdullah Sijang Port Dickson.

Anggaran jemaah yang dibenar untuk menunaikan solat Jumaat tersebut bergantung kepada kapasiti dan saiz keluasan masjid.

Beliau ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Seremban.

Bagi mendapat kebenaran untuk menunaikan solat Jumaat, orang awam boleh membuat permohonan dan mendapatkan QR Code secara dalam talian menerusi laman web Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan.

Hanya individu berumur dari 20 hingga 60 tahun yang dibenar untuk membuat permohonan tersebut.

Sumber: Berita

Read more

SITUASI COVID-19 DI NEGERI SEMBILAN

Kemaskini: 8 Januari 2021, 12.00 tengah hari

Terdapat 88 kes baru positif COVID-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Jabatan Kesihatan Negeri, Negeri Sembilan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 sebanyak 8,512 kes.

Dari jumlah kumulatif tersebut, 7,741 kes telah sembuh dan discaj, 754 kes yang masih menerima rawatan di wad dan 17 kes telah meninggal dunia.

Sehingga kini, terdapat 28 kluster yang masih belum diistiharkan tamat di Negeri Sembilan. Walaubagaimanapun pada hari ini, hanya terdapat penambahan kes positif COVID-19 pada kluster-kluster berikut:

KLUSTER CERAM
Penambahan 20 kes baharu, menjadikan jumlah kesuluruhan 890 kes.

KLUSTER PENJARA JALAN HARAPAN
Penambahan lapan (8) kes baharu menjadikan jumlah keseluruhan 617 kes.

KLUSTER TASIK UTAMA
Penambahan enam (6) kes baharu, menjadikan jumlah kesuluruhan 59 kes.

KLUSTER JALAN RASAH
Penambahan satu (1) kes baharu, menjadikan jumlah kesuluruhan 41 kes.

Definisi kes di dalam laporan ini diklasifikasikan seperti berikut:
a) Kes Tempatan
b) Kes Import A (Luar Negara)
c) Kes Import B (Merentasi Negeri – mendapat jangkitan di negeri lain).
d) Kes Import C (Merentasi Daerah – mendapat jangkitan di daerah lain).

Terdapat 996 kes aktif mengikut definisi Program Pengurangan Risiko Daerah (jumlah kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari terakhir).

Orang ramai adalah dinashihatkan agar sentiasa mengamalkan prosedur penjarakan sosial dan memakai pelitup muka sentiasa ketika berada di luar rumah.

Sumber: Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan

Read more

Sambung belajar ke kolej komuniti

Kolej Komuniti Jempol mengalu-alukan orang ramai untuk mengikuti pengajian sepenuh masa atau jangka pendek di tempat mereka. Terdapat tiga bidang kursus yang ditawarkan iaitu Servis Kenderaan Ringan, Teknologi Seni Bina, dan Teknologi Elektrik.

Untuk pertanyaan lanjut, sila hubungi Kolej Komuniti Jempol di talian +6013-666 4220 (Pegawai Pengambilan).

Read more

MTM berwajah baharu

Laman web Masjid Tuanku Muhsin kini berwajah baharu dan cantik. Pembangunan laman web ini diusahakan oleh pihak jawatankuasa masjid. Orang ramai dialu-alukan untuk menggunakan laman web ini sepenuhnya. Terdapat banyak fungsi dan maklumat yang dikongsikan di laman web ini. Ia juga akan menjadi wadah baharu penyebaran maklumat untuk para pengunjung kelak.

Read more